MaHYI

MALAYSIA HINDU YOUTH INFLUENCER (MaHYI)

Pengenalan

Malaysia Hindu Youth Influencer (MaHYI) merupakan sebuah inisiatif di bawah Unit Penyelarasan Informasi Kuil Hindu Malaysia (UPIKHM) bertujuan untuk menyediakan platform untuk belia bagi menyampaikan idea, pandangan dan hasrat mereka terhadap usaha pembangunan kerohanian. Inisiatif yang memfokuskan ‘sustainable spiritual enrichment’ ini membuka tirai untuk belia terlibat dalam hal-hal keagamaan secara efisien, profesional dan cekap. Para belia yang terlibat dalam MaHYI ini akan diberi peluang untuk menyuarakan pendapat, menganjurkan program / aktiviti yang berkaitan kemahiran insaniah dan kerohanian berpandukan Sustainable Development Goal (SDG).

About Hero

Objektif

  1. Melahirkan pemimpin Belia Hindu yang profesional, cekap dan karisma sebagai agen membangun dan memajukan negara selaras dengan Konsep #KeluargaMalaysia.
  2. Merancang, menganjur, dan melaksanakan aktiviti / program yang mampan dan berfaedah bagi penjenamaan MaHYI selaras dengan Sustainable Development Goal (SDG).
  3. Membantu dalam urusan penyeragaman dan penyelarasan data-data Kuil Hindu Malaysia.
  4. Mempergiatkan kerjasama strategik dengan semua pihak selaras dengan hasrat UPIKHM.
  5. Mengukuhkan keterlihatan sebagai organisasi yang berkembang maju dalam usaha mempromosikan Hinduisme untuk ekosistem pembangunan.
About Hero

Tema

Malaysia Hindu Youths : Towards nurturing the sustainable spiritual enrichment

Tema ini dipilih menepati objektif penubuhan UPIKHM iaitu untuk mengumpul dan menyelaraskan data-data Kuil Hindu Malaysia di bawah satu payung secara mampan dan berterusan. Belia berperanan penting dalam memastikan pengumpulan dan penyelarasan data yang konsisten serta penglibatan mereka dalam hal-hal kerohanian secara berterusan dapat melakar corak serta memberi nafas baharu dalam mencurah sifat kepemimpinan dalam spiritual.

About Hero

Visi

Untuk melahirkan belia cemerlang kerohanian yang mampan.

Misi

Menggalakkan, mendidik dan membimbing belia dalam mempromosikan spiritualisme ke arah dunia yang aman selaras dengan semangat #KeluargaMalaysia.

Malaysia Nanban

Skop tugasan


  1. Kerohanian.
  2. Alam sekitar.
  3. Pemerkasaan komuniti.
  4. Pembangunan modal insan dan kemahiran insaniah.
  5. Kesihatan dan kecerdasan mental.
  6. ICT.
  7. Kebudayaan.
  8. keusahawanan.
Malaysia Nanban

Cadangan Aktiviti


  1. Kem kepimpinan.
  2. Bengkel pembangunan kerohanian.
  3. Pengumpulan data-data Kuil Hindu Malaysia.
  4. Program kesukarelawanan.
  5. Program pembangunan kemahiran insaniah dan lain-lain.
Malaysia Nanban

Kriteria Permohonan

Pemohon hendaklah memenuhi kriteria berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 hingga 30 tahun pada tahun 2022.
  3. Calon fasih berkomunikasi dan mahir menulis dalam Bahasa Tamil, Bahasa Melayu dan Inggeris.
  4. Permohon daripada peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda ke atas.
  5. Pihak sekretariat akan menghantar link ujian tersebut melalui e-mel yang telah didaftarkan kepada calon yang tersenarai pendek.
  6. Tarikh permohonan mulai 15 Oktober - 15 November 2022.

Carta aliran pemilihan peserta

  1. Permohonan melalui https://myhindutemple.gov.my (https://forms.gle/zmMB34wf2B1Ra9eB6).
  2. Maklumat lengkap beserta esai perlu dihantar ke dalam borang permohonan.
  3. Peserta yang tersenarai pendek akan mara ke peringkat seterusnya iaitu temuduga oleh panel terpilih.
  4. 20 pemohon yang berjaya akan dijemput ke sesi taklimat pada 4 November 2022.
  5. Program ini bermula pada 5 November 2022 hingga 5 Mei 2023.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi

Unit Penyelarasan Informasi Kuil Hindu Malaysia

Pejabat Menteri Sumber Manusia,
Kementerian Sumber Manusia
Aras 9, Blok D3, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
W.P Putrajaya 62530
Malaysia

About Hero
om
×